Pembekal kambing Malaysia

Just another WordPress.com weblog

Kelebihan kambing Jamnapari

Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan.

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik.
Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit.
Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah:

– Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.
– Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.
– Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.
– Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.
– Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.
– Kadar kematian rendah = anak < class=”post-author”>

Ditulis oleh Pembekal kambing Malaysia untuk http://www.segiternak.blogspot.com

Pemakanan

Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:

Garam galian

* perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
*jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto ‘phoshrich’
* garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding

Suppliment
* suppliment atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
* contoh suppliment ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
* suppliment komersial berbentuk pellet
* suppliment penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar

Rumput dan kekacang
* merupakan sumber air dan serat yang baik
* ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
* seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
* rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
* tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing

Air
* air penting untuk pembiakan kambing
* air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
* cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu

Sistem Ternakan

Sistem Tambat
*kambing diikat pada kayu atau pokok dengan tali kira-kira 3 mpanjang.
*kambing perlu dipindah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mempastikan ia mendapat cukup rumput segar
*sebelah malam, kambing diletak di tempat terlindung atau dalam kandang khas serta dibekalkan air, makanan tambahan tidak diperlukan
*tempat mengikat sebaik-baiknya digilirkan untuk mengelak timbulnya penyakit terutama parasit seperti cacing

Sistem Bebas
*biasanya kambing diternak dalam bilangan yang kecil iaitu sekitar 5-20 ekor
*kambing-kambing dibiarkan bebas mencari makanan sendiri seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai.
*ia dilepaskan pada waktu pagi dan dimasukkan ke dalam kandang pada waktu petang

Sistem Kandang/Intensif
*kambing dipelihara dalam kandang sepenuh masa
*sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepada cahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan, tumbesaran dan kesihatan yang baik
*kambing tidak dapat merayau merata-rata tempat dan ini memudahkan pengurusan

July 29, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: